Sekian lama yati menyepi....sekarang baru ada kelapangan nak berblog....
Yati teruja nak menulis hari ini sebab rasa lapang sangat-sangat....(hahaha...ayat,macam sibuk sangat jer kan...padahal malas ... :p )
Berkenaan tajuk kat atas tu.... apakah maksud PCOS ni....?
PCOS ni merupakan singkatan bagi 'Polycystic Ovary Syndrome' ....masih ramai yang tak tahu pasal PCOS ni. dulu pun yati tak tahu tentang PCOS ni....yati tahu pun sebab yati adalah salah seorang penghidap penyakit ni....ianya adalah masalah yang menyebabkan yati tak hamil ...sebenarnya ,yati baru sahaja lepas menjalani pembedahan yang di kenali sebagai 'laparoscopic ovarian drilling' sebulan yang lalu.itu pun atas nasihat doktor...sebab yati mahukan zuriat dalam perkahwinan ini...sedih juga bila dapat tahu penyakit ni,kalau tak buat pemeriksaan doktor dulu,mungkin sampai sekarang yati tak tahu puncanya...
Terdapat beberapa simptom penyakit PCOS ni :
1) Masalah Haid-tidak teratur ,
2) keguguran rambut ,
3)Kegemukan
4)tumbuh bulu roma ,(misai,janggut,dan pada bahagian badan yang lain)
5)Masalah jerawat
dan ada di antara simptom-simptom kat atas ni yang yati alami sendiri...
banyak yang perlu kite tahu rupanya...apa-apapun kalau nak tahu lebih lanjut pasal PCOS ni sila klik kat SINI.
yati harap dengan apa yang dikongsi ni sikit sebanyak dapat jadi info untuk wanita di luar sana...
doakan yati dapat zuriat ye...semoga segala usaha yang yati dan mr.hubby buat ni akan membuahkan hasilnya dan akan di makbulkan oleh- Nya segala doa yati ni....amiinn......
p/s: doakan kami juga ya...