Friday, April 13, 2012

**CuraHan PetuA**

salam....semua..:)

 hollaaa......yati baru jer amalkan 1 petua  nih....
duk belek-belek rambut tadi teringat plak kat petua nih...sebab rambut hitam dan berkilat macam rebonding ..*ceeiitttt!perasan giless..haha
tapi seyes memang menjadi...
actually,rambut nih ada skit masalah peribadi...ahakz..
takda lah,masalah kelemumur....yang agak teruk...dah bermacam syampu guna pun tak menjadi...
kalau pakai baju warna gelap jer mesti dah macam salji yang berguguran ke bumi...haha.
tapi kalau ikut kajian la,kelemumur atau nama saintifiknya pityriasis capitis adalah satu fenomena biasa yang dialami oleh 50 peratus daripada populasi manusia dan dihadapi pelbagai latar belakang masyarakat.
so....ni bukan masalah yati jer k...
pakar perunding kanan dermatologi Dr.Steven Chow Kim Weng,berkata keadaan ini disebabkan oleh kehadiran sejenis yis iaitu malassezia globosa pada permukaan kulit kepala yang memakan lipid atau sebum kulit.maklum la kita nih duk kat negara iklim tropika ni memang banyak terdedah kepada cuaca panas,habuk dan kotoran yang boleh sebabkan masalah kulit kepala ni...even yang bertudung macam yati ni.... oklah,taknak bercerita panjang sangat la pasal ni.kalau nak tahu lebig lanjut korang search je kat google ke....hihi nak bagitahu petua yang yati guna ni sebenarnya diberi oleh salah seorang teman yang memang cukup-cukup jaga penampilan ni...petua ni memang menjadi ,sebab mak dia pun pengamal petua-petua tradisional ni.

Sebenarnya senang jer.tak perlu banyak bahan pun,hanya:




limau nipis


santan


Ok..yesss!limau nipis dan santan jer...caranya pun senang jer...tapi nak buat ni kene la sebelom mandi,mula-mula korang belah limau nipis tu dan buang biji dulu...pastu perahkan kat atas kepala dan urut ke seluruh kulit kepala secara perlahan-lahan....layan jer...haha dah rata ke seluruh kulit kepala dan sampai ke hujung rambut terus bungkus dengan cap mandi tu,sebab kalau guna tuala tu menyerap plak.
Biarkan selama setengah jam,barulah korang sapu dengan sanatn pekat....serata kulit kepala dan rambut.yang ni biatkan selama 15 minit jer....lepas tu terus pergi mandi dan syampu macam biasa...bila dah kering rambut tu korang akan nampak la hasilnya...memang menjadi..SELAMAT MENCUBA!



p/s:Betapa kacak atau jelita seseorang,tetapi kalau begitu keadaannya,tentunya rosak penampilanya lantaran kelemumur dikaitkan dengan pengurusan diri...:))


**KaLaU SuKa KoMeN TaW, SaYaNg KoRaNg!**

No comments:

Post a Comment